Maharaja Lawak Mega 2013
Friday, 15 November 2013
SEPAHTU Minggu 1
Kekuatan kumpulan Sepah adalah lawak dalam drama. Kali ni diorang buat adegan mesyuarat JKKK kampung dengan Jep jadi tok penghulu cari bulu ayam yang hilang. Memang banyak punchline lawak dari Jep dan Shuib macam telefon bini, matikan telefon buang bateri dan lain2, cuma nampak Rahim tenggelam sikit dalam kombinasi ni.
ZERO Minggu 1
Buat babak ulangan juga pasal bapak seorang nelayan dan anak2nya. Ada beberapa punchline yang OK seperti menyanyi lagu Anuar Zain Ajari Aku tapi ada yang tak berapa nak sampai. Kumpulan Zero kali ni nampak macam kalut dan kurang persediaan sikit.
SayWho Minggu 1
Aku tak paham sangat babak diorang nih, cerita pasal Bocil dah jadi baik tegur dan nasihat dua orang artis yang macam setan. Ada juga lawak macam comel dan sedikit unsur2 magic seperti buku terbakar.
JAMBU Minggu 1
Mula2 nampak macam lawak ulangan nak kicap masa MLM2012, lepas tu makin lama makin merapu merepek meraban dengan tukaran mata wang, cecair, Surabaya, matawang langkawi, siapa Menteri Perdagangan Mexico, memang lawak gila babi. Memang trademark kumpulan Jambu ni buat lawak2 tak disangka.
SYJ minggu 1
Diorang buat sketsa pasal seorang perempuan yang nak bersalin dalam troli pasaraya pergi jumpa doktor kat hospital. Yang tak bestnya banyak gila adegan kena potong dan censored. Mungkin banyak lawak double meaning seperti trademark Fendi Shuk Balas tu
COMEY MInggu 1
Persembahan mereka berkisarkan babak di rumah orang2 tua. Kekuatan kumpulan ni adalah Shuhaimi yang terkenal dengan lawaknya yang kasar dan selamba. Cara diorang gelak pun dah boleh buat orang ketawa. Punchline paling kelakar, sama2 dah duduk 15 tahun kat rumah orang2 tua tapi tak pernah jumpa.
SHIRO Minggu 1
Kumpulan Shiro minggu ni jadi askar tengah berperang. Punchline banyak berkisarkan babak ketika peperangan sepert menyorok, menyamar jadi lintah, telefon bantuan dan kena tembak. Kadang2 diorang ambil masa yang panjang sikit untuk menyampaikan 1 punchline menjadikan orang tertunggu2.
Subscribe to:
Posts (Atom)