Friday, 15 November 2013

SEPAHTU Minggu 1


Kekuatan kumpulan Sepah adalah lawak dalam drama. Kali ni diorang buat adegan mesyuarat JKKK kampung dengan Jep jadi tok penghulu cari bulu ayam yang hilang. Memang banyak punchline lawak dari Jep dan Shuib macam telefon bini, matikan telefon buang bateri dan lain2, cuma nampak Rahim tenggelam sikit dalam kombinasi ni.

ZERO Minggu 1

Buat babak ulangan juga pasal bapak seorang nelayan dan anak2nya. Ada beberapa punchline yang OK seperti menyanyi lagu Anuar Zain Ajari Aku tapi ada yang tak berapa nak sampai. Kumpulan Zero kali ni nampak macam kalut dan kurang persediaan sikit.

SayWho Minggu 1

Aku tak paham sangat babak diorang nih, cerita pasal Bocil dah jadi baik tegur dan nasihat dua orang artis yang macam setan. Ada juga lawak macam comel dan sedikit unsur2 magic seperti buku terbakar.

JAMBU Minggu 1

Mula2 nampak macam lawak ulangan nak kicap masa MLM2012, lepas tu makin lama makin merapu merepek meraban dengan tukaran mata wang, cecair, Surabaya, matawang langkawi, siapa Menteri Perdagangan Mexico, memang lawak gila babi. Memang trademark kumpulan Jambu ni buat lawak2 tak disangka.

SYJ minggu 1


Diorang buat sketsa pasal seorang perempuan yang nak bersalin dalam troli pasaraya pergi jumpa doktor kat hospital. Yang tak bestnya banyak gila adegan kena potong dan censored. Mungkin banyak lawak double meaning seperti trademark Fendi Shuk Balas tu

COMEY MInggu 1

Persembahan mereka berkisarkan babak di rumah orang2 tua. Kekuatan kumpulan ni adalah Shuhaimi yang terkenal dengan lawaknya yang kasar dan selamba. Cara diorang gelak pun dah boleh buat orang ketawa. Punchline paling kelakar, sama2 dah duduk 15 tahun kat rumah orang2 tua tapi tak pernah jumpa.

SHIRO Minggu 1


Kumpulan Shiro minggu ni jadi askar tengah berperang. Punchline banyak berkisarkan babak ketika peperangan sepert menyorok, menyamar jadi lintah, telefon bantuan dan kena tembak. Kadang2 diorang ambil masa yang panjang sikit untuk menyampaikan 1 punchline menjadikan orang tertunggu2.

GERAK Minggu 1

Mereka buat adegan penjual kuih memekak pagi2 nak jual kuih, lepas tu turun 2 pemuda buat hal nak beli kuih. Ahli baru selain daripada ahli kumpulan XN3 tu memang bagi impak sikit kepada kumpulan ni.

WALA Minggu 1


Wala buat babak seorang India sedang jual tiket bas kepada seorang customer. Ada beberapa punchline yang lawak masa nak jual tiket bas cuma diorang laju sikit seperti terkejar2 masa.

KUCAI Minggu 1


Kumpulan yang dianggotai Mamat ex-Sepah, Munir dan Arin Raja Lawak buat lawak pasal budak sekolah tipu cikgu cakap tayar basikal pancit sebab datang lambat ke kelas, lepas tu tiru kerja rumah. Ada je macma alasan yang diberikan. Ada punchline yang lawak cuma kadang2 lambat nak sampai sikit. Juga ada lawak macam comel je.

OSAMA Minggu 1


OS dan Isma Aliff sedang borak kat warung bincang nak masuk MLM sebab dah jadi pelawak tua, so diorang tiru gaya pelawak lebih muda macam Zizan, Harith Iskandar dan lain2. OS kali ni agak menjadi walau sudah bertukar pasangan. Kumpulan pertama buat lawak macam comel je.

BOBOI Minggu 1


Untuk minggu pertama, kumpulan BOBOI buat lawak menyindir dan membahan rakan2 artis yang lain seperti Awie yang didakwa muflis, Salleh Yaacob dan Ashraf Muslim yang banyak bini, Tauke yang banyak girlfriend, dan Nabil yang menyebabkan kumpulan Boboi kurang menyengat masa MLM 2012

TULANG Minggu 1


Kumpulan yang dianggotai oleh Along Cham, Didie Alias dan Soya buat sketsa pasal orang2 kampung tengah lepak main gitar kat stesen bas. Tempo dan punchline agak kurang dan ada yang kurang menjadi.

BOCEY Minggu 1


Berkisarkan 2 orang sahabat masuk wayang kos rendah. Disebabkan kos rendah harga tiket murah, tapi semua adegan dan efek dalam wayang kena bayar kalau nak tengok. Bagi aku sketsa diorang memang sangat lawak dan kreatif.

NABIL Minggu 1


Nabil bawa watak orang Bangla pertama jual burger kat Malaysia. Masa awal2 aku agak kurang yakin sebab lawaknya agak slow, tapi lama2 dia build up balik punchline dia jadi gila lawak. Dia banyak bermain dengan ayat burger seperti burgerlora, burgermerlapan, bergema dan lain2.

MAMU

Saturday, 9 November 2013

Keputusan

SANTAN




PAJAK

ZERO

GLORY

SHAKE

KEROSS

Gadai

Siapa lah yang tergadai dalam Kerusi Panas Maharaja Lawak Mega 2013 ne. Group gadai ne terdiri dari 3 orang personel. jom kite tonton aksi Gadai pada Kerusi panas Maharaja Lawak Mega 2013

Kecik

Gerak

Gerak merupakan Peserta Kerusi Panas Maharaja Lawak Mega 2013 yang terdiridari 3 orang personel. Jom kite tonton mereka bergeraaak.

2YOL

2Yol memang macam toyol lah peserta kerusi panas maharaja lawak 2013 yang satu ne.sebab kepala diorang memang macam toyol botak licin. 2yol membawakan lawakan tentang KL gangster...apakah lebih dari KL Gangster Jom Saksikan Maharalawak Mega 2013 Kerusi panas 2yol

Mamu


Mamu adalah peserta Maharaja lawak mega 2013 yang ikut serta dalam Kusri panas. Group Lawak Mamu terdiri dari 2 orang personel yaitu AJO ( aku jejaka osem ) yang badannya agak sedikit gempal dan hitam manis serta personel kedua  ABO (aku bpon Osem ).
Sinopsis: lawakan mamu menceritakan tentang seorang dokter dan pasiennya yang susah tidur karena Ajo yang memerankan pasien yang merupakan pekerja disebuah restoran 24 jam. Nak tau lebih lagi Jom tonton


Minggu Pertama

Maharaja Lawak Mega 2013 Minggu Pertama. Keenambelas Peserta akan menampilkan lawakan perdana pada helat Maharaja Lawak Mega 2013, Seperti Apakah Penamplan Mereka mari kita tunggu di tanggal 15 November 2013

Kerusi Panas


Nama kumpulan Mamu mungkin tidak sehebat kumpulan-kumpulan pelawak seperti Jambu, Sepahtu, Shiro dan Boboi yang turut bakal berentap di gelanggang Maharaja Lawak Mega 2013.
Berkat usaha sering berlatih sebelum menjelang kerus panas MLM 2013 malam semalam, nyata membuahkan hasil apabila mereka antara tiga kumpulan yang terpilih untuk mengisi kekosongan kerusi panas untuk layak secara automatik ke gelanggang hebat MLM 2013.
Menurut Ajo, 28, mereka tidak menyangka kumpulan Mamu terpilih untuk mengisi kekosongan kerusi panas memandangkan mereka antara kumpulan ‘underdog’ dan tidak meletakkan harapan tinggi untuk terpilih ke peringkat seterusnya.

“Kami tak sangka boleh terpilih ke peringkat seterusnya dan berentap dengan 15 kumpulan yang lain. Rasanya kami tidak meletakkan harapan tinggi untuk mengisi kekosongan kerusi panas MLM 2013 memandangkan ada lagi kumpulan lain yang lebih hebat.
“Mungkin kerana sering berlatih sebelum kerusi panas MLM 2013 buat kami lebih yakin untuk berada di atas pentas dan yakinkan kepada tiga juri bahawa Mamu layak untuk mengisi tiga kekosongan kerusi panas MLM. Lebih parah apabila kami pembuka tirai gelanggang kerusi panas jadi perasaan gugup pasti ada dan selalunya yang pertama selalu tidak terpilih,” jelas Ajo kepada Astro Gempak.
Dalam pada itu, Abu mengakui mereka tidak mempunyai ‘fanbase’ yang kuat seperti kumpulan-kumpulan pelawak yang lain tetapi cuba untuk mencuri tumpuan empat juri MLM 2013 di minggu hadapan untuk mengukuhkan kedudukan mereka di gelanggang MLM.
“Kami mungkin tidak punya ‘fanbase’ yang kuat seperti kumpulan Jambu, Sepahtu, Boboi dan Shiro. Kelebihan itu beri kekuatan dari segi undian SMS daripada peminat jadi mungkin sebagai kumpulan ‘underdog’ kumpulan Mamu cuba untuk curi perhatian empat juri ini nanti dan buktikan kami sememangnya layak untuk berentap dengan kumpulan-kumpulan yang lain.
“Kumpulan Mamu harus berusaha lebih keras dan peka dengan kehendak penonton supaya mereka mula selesa dan suka dengan gaya persembahan kami. Ini beri kelebihan kepada kami untuk mula dikenali orang diluar sana mengukuhkan nama kumpulan Mamu ini sendiri,” ujar Abu mengakhiri perbualan.
Teka-teki kumpulan manakah yang bakal mengisi kekosongan kerusi panas MLM 2013 terjawab semalam selepas tiga kumpulan iaitu Mamu, Zero dan Gerak terpilih untuk layak secara automatik ke gelanggang Maharaja Lawak mega 2013 pada minggu hadapan.
Ini menjadikan sebanyak 16 peserta bakal bertanding merebut gelaran juara Maharaja Lawak Mega 2013 dan membawa pulang hadiah lumayan berupa wang tunai sebanyak RM500,000 manakala tempat kedua dan ketiga masing-masing membawa pulang wang tunai RM250,000 dan RM150,000.
Empat juri utama yang bakal mengadili program MLM kali ini juga turut dirahsiakan sehingga diumumkan di minggu pertama program ini bersiaran iaitu pada 15 November 2013 jam 10.00 malam di Astro Warna (132) dan Mustika HD 134) serta aplikasi Astro On-The-Go.